20150108

Kaca Mata..

Aku duduk di satu sudut..
Di mana tidak ada sesiapa sedar kehadiran aku..
Dan mereka juga tidak sedar..
Yang aku juga sedang memerhatikan gerak geri mereka..

Pelbagai ragam makhluk Allah dapat kulihat..
Pelbagai kerenah hamba Allah dapat kutatap..
Pelbagai jenis fashion dapat aku ketahui..
Pelbagai jenis manusia aku perhatikan..

Ada yang sibuk berpegangan tangan..
Tanpa aku tahu status sebenar mereka..
Ada yang sibuk bergelak ketawa..
tanpa aku tahu sebabnya..
Ada yang rancak berbual.
tanpa aku tahu tpik yang dibualkannya..

Dan di satu sudut itu juga..
Aku melihat seorang manusia..
Berkemeja biru pekat..
Berkaca mata..
Berkasut converse..
Buat aku makin tertarik..

Kelihatan dia begitu asyik dengan dunianya..
Manusia sekeliling tidak diambil peduli..
Kadang2 dia tersenyum..
sehingga lesum pipit pemberian Allah itu kelihatan..
Kadang2 mulutnya terkumat-kamit
seperti membaca sesuatu..

Gayanya yang sempoi
buat aku asyik melihatnya..
tanpa sedar..
Allah..sekali lagi aku gagal mengawal pandangan mata..

Tiba-tiba telefon di poket berdering..
menandakan ada panggilan masuk..
Nama "Puan Ibu" tertera di screen..
aku mengangkatnya..

Dan bila aku meletakkan telefonku..
Ternyata jejaka tadi sudah hilang daripada pandanganku..
mata galak mencari..
dan akhirnya tidak ketemu..
Siapakah kau ?
Harap kita dapat bertemu lagi suatu hari nanti..
hahaha.. ='D

*my first post for new year.. haha.. dah lama tak lari-larikan tangan atas keyboard..*
btw..aku tak tahu ejaan untuk lesum tu betul ke tak..sbb ada yang cakap "L.E.S.U.N.G" ada yang cakap "L.E.S.U.M" so.. faham2 lah ye.. heeeeeee
Assalamualaikum...
dah baca yang ni ? baca lah post lain plak yer budak comel ^^

1 comment:

  1. assalamualaikum ukhti :)

    inshaAllah, semoga jumpa hamba Allah tuh lg 1 hr nt.
    ape susah, Allah kan ada. minta sungguh2 pd Dia ^_^
    sy pnh mcm tuh pd hamba Allah yg mnjd shbt sy skrg.
    dn bila sy doa sungguh2, Allah bkn shja bg kenal.
    tp bg jd sahabat :)

    sy dtg bziarah tapi maaf sy xdpt follow dulu, sbb line xbpe okey. inshaALLAH lpg nt sy dtg jenguk lg. dan terus follow. Harapnya line okey la kn. Hehe :)

    ReplyDelete